Sunday, May 4, 2008

CERITA TENTANG KITA

"Hamim, ada orang nak jumpa.""Sapa?""Entah, budak kelas sebelah kot."'Ish, sapa pulaklah yang nak jumpa aku ni? Member-member masa sekolah rendah dulu ke? Tapi nak buat apa?'Aku tertanya sendiri. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi dan melangkah menuju ke kelas tingkatan 1 Hanafi. Aku menjenguk melalui pintu belakang, kalau-kalau kawan aku ke nak jumpa aku. Tapi tiba-tiba aku rasakan wajah aku macam kena simbah dengan air panas. Malu. Dalam kelas tersebut semuanya lelaki, aku pulak terintai-intai ikut pintu belakang. Dah macam orang mengendap pulak. Semua mata memandang ke arah aku."Syazwan, kau main-mainkan aku ek? Tak guna betul!"Aku terus memarahi Syazwan. Terpinga-pinga dia memandang aku. Geram aku dibuatnya, malu dah satu hal."Eh, mana ada main-main. Budak tu yang nak jumpa sangat dengan kau. Aku sampaikan pesan je. Takkan tu pun nak marah kot?""Budak tu-budak tu, sapa dia? Kau tahu tak, malu gila aku tehendap-hendap kat pintu belakang tu."Syazwan membuat muka selamba. Sakit hati aku memandangnya."Entah, sapa entah nama dia. Ha ni, lupa pulak. Dia kata nak jumpa kau sebelum balik ni.""Jumpa aku?"Syazwan mengangguk sebelum kembali duduk di kerusinya apabila Cikgu Azi yang mengajar subjek matematik untuk kelas kami masuk. Aku termenung. Sapa pulak la yang nak jumpa aku ni? Hai, confiuse aku dibuatnya.

"Aidil, teman Mim boleh tak?""Ala, malaslah. Kan semua kena pergi padang, nanti lambat kena marah pulak.""Alah, bukannya kita ambik bahagian pun, cuma pergi tengok je. Temanla, please..."Aku memujuk sahabat baikku. Akhirnya dia mengangguk. Dia sajalah satu-satunya kawan perempuan aku yang masih rapat sehingga akhir tingkatan satu. Yang lain cuma bertahan sekejap saja. Aku pun tak tahu kenapa."Dia nak jumpa dekat mana?"Aidil menyoal aku. Aku menjungkitkan bahu tidak

tahu."Kenal tak?"Aku menggeleng."La, habis tu nak jumpa macam mana kalau tak kenal?"Aku diam lagi."Mim, budak tu tunggu kau dekat tangga."Tiba-tiba aku terdengar Syazwan menjerit memberitahu aku. Aku masih berada di hadapan kelas Aidil. Walaupun aku dan Aidil bukan sekelas, tapi kami sentiasa berulang-alik ke sekolah menaiki bas yang sama. Mungkin sebab itulah kami menjadi rapat."Ha, tu. Cepatlah, mesti budak tu dah tunggu. Sapa nama dia?"

"Entah, Syazwan kata...........Adib."Tanpa berlengah, aku berjalan dengan Aidil menuju ke tangga. Ramai pelajar-pelajar lain turun menggunakan tangga yang sama. Aku biarkan dulu keadaan lengang. Malas mahu berhimpit-himpit, sesak jadinya. Hati aku berdebar-debar. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku tak kenal orangnya kot."Tu sapa? Dia tu ke?"Setelah keadaan agak lengang, Aidil menunjuk ke arah aku kelibat dua orang pelajar lelaki yang masih berdiri di tepi tangga. Aku menggeleng. Manalah aku tahu. Dia memandang ke arah aku, tapi aku tak berani pun nak pandang ke arah dia. Tanpa berfikir panjang, aku terus menarik tangan Aidil dan menuruni tangga tanpa menoleh pun ke arah pelajar lelaki tersebut.Apabila tiba di bawah, aku masih dapat mendengar butir bicara dua orang pelajar tersebut. Aku dengar mereka bercakap pasal aku. Ah, biarlah. Macam kelakar pulak rasanya. Tak henti-henti aku ketawa.

Aku turun dari bas. Lewat sikit aku sampai hari ni. Langit mendung. Ya Allah, janganlah hujan. Aku kena mengayuh basikal pulak untuk sampai ke rumah. Bas cuma berhenti di tepi jalan sahaja. Sewaktu aku hendak melintas jalan, tiba-tiba pelajar lelaki yang naik satu bas dengan aku bersuara."Mim, Adib kirim salam."Aku mengerutkan dahi mendengar kata-kata Azmir, teman sekelas aku. Dia juga satu kampung dengan aku. Takkanlah dia pun tahu pasal ni? Malunya aku. Bagi aku semua ni tak patut berlaku. Macam cinta monyet je. Kelakarnya rasa.Aku melintas jalan. Aku membuka kunci basikal. Aku mengayuh cepat-cepat. Takut hujan turun, basah kuyup pulak aku sampai rumah nanti. Lagipun jam dah hampir pukul tujuh malam, menambahkan rasa takut dalam diri aku. Dalam hati aku berdoa banyak-banyak, mulut pulak tak lekang dari membaca ayat-ayat al-Quran dan surah-surah pendek yang aku hafal untuk menghilangkan rasa takut.

SMKSA, PERAK 2002"Aidil, yang mana satu?" "Yang tu lah. Yang hari tu kawan dia."Aidil menunjukkan kepada aku kelibat seorang pelajar lelaki sedang berjalan. Tapi keadaan kami yang berada dalam bas waktu itu sedikit menghalang pandangan aku. Kecewa lagi aku untuk melihat wajahnya. Nampak macam pakai songkok, tapi tak tahulah pulak kalau kali ni pun aku tersalah orang. Malunya kalau diingatkan balik. Orang nak jumpa aku tak nak, alih-alih tercari-cari jugak tuan empunya badan.Sebaik bas berhenti, kami semua turun. Aidil ke kelasnya, manakala aku menuju ke kelas aku. Aku masih bersekolah sesi petang, sedangkan kelas Adib waktu pagi. Jadi, harapan nak jumpa tu memang tipislah. Aku melangkah ke kerusi aku. Tempat duduk aku belakang sekali, ditepi tingkap dan bersebelahan dengan kantin. Kelas kami ditingkat dua, jadi kalau bosan belajar, aku selalu 'cuci mata' melihat gelagat-gelagat manusia di kantin.Kadang-kadang tercari-cari jugak kalau-kalau terpandang wajah yang dicari walaupun agak mustahil."Mim, dah siap math semalam? Nak tiru boleh?"Muncul Syahila, rakan kelas aku. Tiru-meniru ni biasa je bagi kami, maklumlah, saling 'tolong-menolong.'"Nah, tapi jangan pulak kau tiru bulat-bulat. Kalau tahu dekat Cikgu Azi, mati kita.""Alright my darling.""Eh Siti, aku dengar dia nak pindah. Betul ke?""Ha ah. Rasanya tahun ni kot dia pindah."Aku memasang telinga mendengar perbualan antara Siti dan Mira. Tiba-tiba macam tertarik pulak aku mendengar topik perbualan mereka."Tak rindu ke nanti?""Eh please! Adib is my ex-boyfriend okay. Tak ada kena mengena dah dalam hidup aku."Kata-kata Siti itu memeranjatkan aku. Adib bekas kekasih Siti? Biar betul? Kenapa aku tak tahu. Kalau macam nilah gayanya, aku rasa orang macam Adib tu tak jujur. Tak mustahil satu hari nanti, aku pulak yang jadi ex-girlfriend dia. Ei, nauzubillah. Bagus jugak aku tak kenal dia.Nasib baiklah aku dengar apa yang Siti dan Mira borak. Kalau tidak, hmm sampai ke sudah aku tak tahu cerita ni. Mesti Adib cuma nak main-mainkan aku je. Masakanlah orang macam aku ni boleh menarik perhatian dia. Aku ni bukannya menonjol sangat, kawan pun tak ramai.Hmm, biarlah dia dengan perasaan dia. Tapi kenapa aku nak ambil tahu sangat pasal dia?Setiap hari apabila ke sekolah, aku selau berharap terserempak dengan dia. Mungkin kami pernah terserempak, cuma aku saja kot yang tak kenal dia.

Daripada awal tahun sampailah penghujung tahun 2002, aku masih tak jumpa dia. Akhirnya aku biarkan macam tu je. Lagipun dengar-dengar cerita, dia dah pindah sekolah sebab ayah dia terpaksa berpindah tempat kerja. Aku menjalani kehidupan aku sebagai pelajar sekolah seperti biasa walaupun sesekali bayangan cerita Adib dan gambaran wajahnya menziarahi mimpiku. Namun, setiap kali bermimpi, wajahnya pasti tidak kelihatan.

IPTA, OGOS 2009, PANTAI TIMUR, Aku agak sibuk setelah masuk tahun terakhir pengajian aku di sini. Hujung tahun ni aku grad. Sibuk siapkan final project, prepare untuk final semester lagi. Segala-galanya berlaku dengan pantas.Sepantas manapun masa yang berlalu, cerita Adib setia mengikutiku. Adakah aku terkena sumpahannya. Aku rasa, selagi aku tidak melihat wajah lelaki yang bernama Adib, selagi itu hatiku tak tenang. Kadang-kadang sedih jugak, teringat pesanan senior-senior aku yang warak, jangan cinta atau sukakan seseorang lebih daripada sayang dan cinta kepada Allah s.w.t.Buat masa ni, aku hanya mampu berdoa, supaya Allah lupakan sekejap cerita tentang Adib. Biarlah aku berjaya mencapai impianku dulu. Banyak impian aku yang belum aku capai. Yang pasti, perancangan aku selepas grad ni, aku hendak membuka sebuah kedai buku. Hasil karya aku yang aku tulis sepanjang mengisi pengajian aku, akan aku bukukan. Kakak aku juga bersetuju memberi modal kepada aku. Jadi, bolehlah aku menguruskan kedai buku aku sementara menunggu peluang mneyambung pengajian.

NOV 2009Masa yang ditakuti oleh semua pelajar tiba juga. Inilah ujian yang menentukan masa depan kami semua. Aku ingat pesan mak, segala-galanya ditangan Allah. Walaupun kita sudah berusaha, jika Allah tidak inginkan kita berjaya, maka kita takkan berjaya. Kita kena terima qadak dan qadar yang telah Dia tetapkan. Tawakkal kepada Allah s.w.t, jangan sesekali lupankan-Nya.Aku menghadapi peperiksaan akhir ini dengan tenang. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku ketenangan ini. Semoga ianya menjanjikan kejayaan buatku. Amin.

KUALA LUMPUR 2013 "Mim, bangunlah. Hari ni kau ada sesi bersama peminat. Dah pukul lapan dah ni."Tubuhku digoyang-goyang."Ala, pukul 9 la Syikin. Sejam lagi. Drive kereta pun 15 minit je. Jap lagi aku bagunlah."Aku menarik selimut."Iyalah tu. Bersiap aja dah setengah jam kau tu. Tulah, suka sangat tidur lepas Subuh. Eh, tak elok tau tidur lepas Subuh."Syikin mula membebel. Sejak melanjutkan pelajaran di UPM sampailah sekarang, kami sudah mempunyai kerjaya masing-masing, Syikin masih setia menjadi teman menyewa aku. Kami rapat sejak tahun pertama di universiti lagi. Aku bangun malas. Selimut ku lipat lambat-lambat."Aku dah jadi macam artis la pulak kan."Aku memasang angan-angan. Membayangkan keadaan aku dikerumuni peminat-peminat aku."Dah, jangan nak berangan! Mandi cepat. Kesian orang-orang yang datang nak dapatkan autograf kau."Syikin mencampakkan tuala mandi kewajahku. Aku menarik tuala mandi dan menggaru-garukan kepala aku yang tidak gatal. Aku tersenyum sendiri."Tercapai jugak impian aku nak bukak kedai buku. Kau tahu Syikin, impian ni wujud sejak aku kat sekolah lagi.""Ya, aku tahu. Masuk ni entah kali keberapa kau cerita dekat aku. Bosan dah aku dengar. Pergi mandi cepat. Aku tak nak temankan baru tahu.""Janganlah macam tu Syikin, ni first time aku berjumpa dengan peminat ni.""Tulah kau, nak berahsia sangat. Sampaikan makna nama pena kau pun rahsia dalam rahsia.""Iyalah, dah setahun setengah aku jadi penulis, sekarang barulah aku rasa bersedia untuk tonjolkan diri. Memang dari dulu lagi aku tak suka expose diri aku ni. Nak buat macam mana.."Aku mengeluh. Sepatutnya aku teruja, tapi aku macam tak ada perasaan pulak nak bertemu peminat. Aku melangkah ke bilik air. Lagi lama aku duduk, lagi panjang pulak bebelan si Syikin tu.Selesai mandi, aku bersiap-siap. Aku mengenakan baju kurung bunga kecil berwarna hijau lembut bersama tudung berwarna krim. Kakiku melangkah penuh debar.

PUJANGGA HAMIM, KUALA LUMPURAku mengurut jari jemari yang terasa kebas. Dari pagi tadi aku asyik menandatangani buku-buku hasil tulisan aku. Semuanya dibeli oleh peminat-peminat aku. Ada yang datang dari Selatan, ada yang datang dari Pantai Timur, Utara. Dari negeri aku di Pantai Barat pun ada. Gembira dan terharu bercampur baur."Penat jugak ya jadi orang terkenal ni."Syikin mencebikkan bibir."Alah, takkan kau cemburu kot dengan kawan kau ni. Kalau aku glamor nanti, kau pun glamor jugak.""Kau tak kisah ke aku tumpang glamor kau?"Soal Syikin tiba-tiba. Akhirnya ketawa kami terburai. Hasil karya aku yang paling laris adalah novel aku yang bertajuk 'CERITA TENTANG KITA'.Sebenarnya novel tu adalah kisah yang betul-betul berlaku dalam hidup aku. Aku tak sangka pulak, novel tersebut menarik minat pembaca. Lebih-lebih lagi ini adalah kemunculan pertama aku bersama peminat. Ramai yang bertanya, mengapa berahsia. Aku sekadar tersenyum. Tidak tahu alasan apa yang patut aku beri."Cik Hamim, petang ni ada lagi satu sesi tau. Pukul 2.30 sampai pukul 5.00 petang."Airin, pembantu aku mengingatkan. Aku hanya mengangguk."Jom makan. Lagipun kejap lagi masuk Zohor, boleh terus solat."Aku bersetuju dengan pelawaan Syikin. Restoran Selera Kampung menjadi pilihan kami. Lagipun restoran tersebut terletak berhampiran Pujangga Hamim, kedai buku aku. Makanannya juga sedap-sedap.

RESTORAN SELERA KAMPUNG, KUALA LUMPUR"Macam mana kau boleh terfikir nak buat novel pasal diri kau sendiri?"Aku menggeleng. Sungguh, aku tak pernah terfikir pun nak tulis cerita tentang diri aku sendiri."Kau tak pernah cerita pun dekat aku sebelum ni.""Cerita apa?"Aku pura-pura tidak mengerti. Aku meneruskan hirupan kuah tom yam yang aku pesan."Pasal cerita kau dengan Adib."Aku tersenyum. Aku membetulkan sedikit tudung yang aku pakai."Syikin, tu cerita 12 tahun dulu. Sampai sekarang pun aku tak tahu macam mana rupa lelaki yang bernama Adib tu. Entah-entah anak dah lima kot."Kami tertawa. Hakikatnya aku sendiri tidak mengerti kenapa setiap kali cerita tentang Adib timbul, hati aku resah. Hipokritkah aku menipu perasaan sendiri? Macam mana aku boleh jatuh hati pada orang yang aku tak pernah tengok rupanya dan tak pernah kenal orangnya? Malas aku mahu berfikir tentang cerita itu, menyesakkan dada dan memeningkan kepala aku."Cepat sikit makan tu. Dah pukul 2.00 ni, nak solat lagi. Cubalah tepati masa sikit."Syikin mula membebel."Yalah Cik Nor Asyikin bt Muhammad. Hamim Mohd Haikal akan menurut perintah."Aku mengajuknya. Syikin mula menunjukkan wajah geram. Aku ketawa melihat gelagatnya.


PUJANGGA HAMIM, KUALA LUMPUR Aku melihat jam ditangan. Lagi setengah jam pukul 5. 00. Tapi orang masih ramai. Penat jugak melayan peminat ni. Akhirnya aku memberitahu Airin untuk berhenti setelah pukul 4.45 petang. Takut lewat habis pulak nanti."Huh, penat batul aku."Aku mengurut-ngurut tengkuk dan jari jemari aku."Biasalah, orang ada peminat. Lepas ni, jangan pulak Cik Hamim lupakan saya."Airin bersuara setelah menutup pintu utama Pujangga Hamim. Semua pengunjung sudah balik. Hanya aku, Syikin dan juga Airin yang masih tinggal."Insya Allah, saya takkan lupakan orang-orang yang dah banyak bantu dan sokong saya selama ni."Syikin dan Airin tersenyum.Kringg!!!Kring!!!!Perbualan kami terganggu oleh deringan telefon. Airin segera menjawab."Tapi, sesi autograf dah setengah jam habis encik. Kami dah tutup kedai dah. Encik datang bulan depan boleh? Lagipun, minggu depan ada lagi satu sesi penulis bersama peminat."Aku dan Syikin hanya mendengar. Letih belum hilang lagi. Tangan aku juga sudah tidak mampu untuk menandatangan."Tak boleh encik, lagipun bos saya dah nak balik. Dah lewat ni encik."Aku lihat Airin masih lagi berbicara. Sebentar kemudian dia menjauhkan gagang telefon dari telinganya, dan memandang ke arah aku."Cik Hamim, ada peminat ni. Saya dah bagi tahu, sesi autograf dah habis. Tapi dia degil jugak. Dia kata dah lama nak jumpa Cik. Dia kata dia pun dari Perak jugak. "Nada suara Airin seperti risaukan sesuatu. Petang-petang macam ni, dengan keadaan kami bertiga perempuan, macam-macam boleh berlaku."Tak apalah Airin, bagi ajalah dia masuk. Kesian pulak. Datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa saya.""Ish, kau ni Mim, tak takut ke kalau-kalau yang datang tu orang jahat ke?""Syikin, tak elok tau buruk sangka dengan orang. Apa-apa pun, dia peminat aku. Bukan senang nak jumpa orang yang sanggup datang jauh-jauh macam ni.""Alah, jauh apanya KL-PERAK, ikut lebuh raya tiga jam je dah sampai."Aku menggeleng kepala."Baiklah encik, tapi sekejap aja tau. Encik boleh masuk sekarang."Airin meletakkan gagang telefon. Aku menuju ke ruang hadapan kedai untuk menanti pengunjung terakhir. Aku duduk dikerusi menanti. Meja bulat dihadapanku aku kemaskan sedikit.

"Assalamualaikum......""Waalaikumsalam......."Aku terdengar suara Syikin menjawab salam. Mungkin orang baik-baik kot. Kalau tak, takkanlah siap bagi salam.Novel Cerita Tentang Kita dihulurkan kepadaku. Aku leka menatap buku hasil tulisanku itu. Aku mencari pen. Tak sangka pulak aku ada peminat lelaki. Jarang jumpa lelaki yang suka membaca, lebih-lebih lagi membaca novel ataupun cerita cinta. Kagum jugaklah aku dengan mamat ni."La, mana pulak pen aku ni. Tadi ada kat sini. Sapa pulak la yang ambik."Tanpa sedar aku bersuara. Terlupa pula dihadapan aku ni ada seseorang yang sedang menanti aku untuk menurunkan tandatangan pada bukunya."Tunggu sekejap ya encik, saya ambil pen."Aku bangun. Wajahnya aku pandang. Terkaku seketika dengan ketampanannya. Di bajunya terselit tanda nama Dr Adib. Aku beristighfar panjang."Takpalah, pakai pen saya jelah."Aku mengangguk dan kembali duduk. Dia menghulurkan sebatang pen kepadaku.'Smk SA'Tulisan pada pen tersebut menyebabkan aku tidak jadi menurunkan tanda tangan aku pada buku tersebut. Wajahnya kupandang untuk kali kedua. Kemudian aku pandang lagi tulisan pada pen yang aku pegang."Awak tak salah pandang. Memang betul apa yang awak rasa."Untuk kali yang ketiga, wajahnya kutatap. Adib. Smk SA adalah sekolah aku dulu. Pen tersebut hanya dijual dikoperasi sekolah sahaja. Dia ke Adib yang aku cari selama ni?"Macam mana.........."Belum sempat aku bertanya, dia terlebih dahulu menjawab."Ni."Dia menunjuk ke arah novel Cerita Tentang Kita."Selepas baca cerita ni, saya terus nekad mencari awak. Cerita ni adalah cerita tentang kita. Dari dulu sampai sekarang, saya tetap sukakan awak. Saya tahu perasaan awak terhadap saya lepas baca novel ni. Sudi tak kalau saya nak awak jadi isteri saya?"Aku terkedu. Secepat ini dia melamar aku. Aku menoleh kekiri, Syikin dan Airin terpinga-pinga menyaksikan situasi yang sedang berlaku. Aku juga terkejut."Saya tak main-main macam yang awak fikirkan. Saya serius."Ya, memang dia serius. Aku dapat lihat dengan jelas diwajahnya dan tutur katanya.Aku memandang buku dihadapanku, dan aku turunkan tanda tanganku di situ.Pujangga HamimAdib-HamimAku tersenyum kearahnya. Aku yakin, dia memahami maksudku. Kalau dah nama kedai aku pun menggunakan namanya, apa lagi yang perlu aku jelaskan. Pujangga itu sendiri adalah maksud namanya-Adib-Buku itu aku hulurkan padanya. Dia menyambut dengan penuh senyuman. Senyuman yang amat bermakna buat aku.

Saturday, May 3, 2008

KASIH IBU

Kasih Ibu

Apabila terkenangkan ibunya, dada Aifa mula berombak dan manik-manik jernih mula jatuh berguguran.Hatinya pilu, sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam Aifa menghadap Ilahi, berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhada kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi, terutamanya dosa terhadap ibunya.

Aifa sayu, airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi, mengalir laju membasahi pipi gebunya. Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya.

*******************************“Aifa, tolonglah fikirkan masa depan kamu nak, ”rayu ibunya, Salmah dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Aifa sedar akan perbuatannya.Aifa merenung tajam wajah lesu ibunya. Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya.

”Apalah ibu ni,tak boleh ke Aifa hidup dalam kebebasan?Asyik nak mengongkong je!!Ibu ingat Aifa budak kecik lagi ke??!!,bentak Aifa dengan kasar.

Salmah diam tanpa kata.Lidahnya kelu,suaranya bagaikan terlekat di celah kerongkong.Dia hanya mampu memandang lenggok jalan anaknya hingga anaknya hilang dari pandangan mata. Salmah masih ingat, Aifa dulunya gadis yang lemah lembut, baik budi pekerti dan begitu menghormati orang tua.

Walaupun Aifa gadis yang lincah dan periang,kelembutannya masih terserlah sesuai dengan wajanya yang ayu dan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Aifa tidak pernah menengking, apatahlagi meninggikan suaranya kepada dia dan arwah suaminya, Afhan.

Aifa anak tunggal yang manja dan ditatang bagai minyak yang penuh.S egala kemahuannya dituruti, tambahan pula, suaminya orang berada. Dia dan suaminya melayan Aifa bagaikan puteri, tidak sesekali dijentik mahupun dibiarkan nyamuk hinggap, begitulah kasih saying mereka suami isteri terhadap anak emas mereka.Aifa memperoleh kesenangan dan hidup dalam kemewahan.

Namun,setelah kematian Afhan,anak emasnya mula berubah laku.Aifa menjadi gadis liar. Aifa bukan lagi anak yang patuh arahannya,sifat lembutnya juga hilang ditelan sifat kasar, suka marah-marah dan meninggikan suaranya.Salmah sedar,perubahan Aifa adalah ekoran daripada kematian papanya,Afhan yang amat disayanginya.

Kematian Afhan sememangnya memberikan impak yang besar kepada Aifa,mana tidaknya Aifa sememangnya manja dengan arwah Afhan.Aifa kehilangan kasih sayang seorang ayah dan perhatian Salmah sendiri akibat Salmah terlalu sedih tentang kematian suaminya yang tercinta.Berbulan lamanya kesedihan itu menjerut tangkai hatinya dan semenjak itulah Salmah tidak lagi mempeduilkan keadaan anaknya.

Aifa yang terkapai-kapai mencari secebis kasih sayang dan perhatian dari seseorang yang bergelar ibu akhirnya terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya yang suka melepak, ponteng dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tidak berfaedah.Aifa lebih suka keluar dengan rakan-rakannya daripada duduk di rumah.

Bagi Aifa,rumahnya bagaikan tidak bernyawa lagi sejak kehilangan papanya dan tidak ada serinya lagi dengan keadaan ibunya yang selalu bersedih dan terus-menerus meratapi kematian papanya. Malah, dirinya sendiri tidak dipedulikan.Aifa akan keluar pagi-pagi lagi dan hanya akan pulang ke rumah lewat malam.Dan kadangkala Aifa langsung tidak pulang ke rumah. Pelajarannya juga diabaikan,dia kerapkali melanggar peraturan sekolah dan rentetan dari terlalu banyak masalah disiplin,Aifa dibuang sekolah.

Salmah yang telah dapat menerima kematian suaminya dengan hati yang redha akhirnya sedar dari kesilapannya yang mengabaikan anaknya, tetapi semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.Aifa langsung tidak mempedulikan nasihat Salmah lagi.Aifa melayannya acuh tak acuh.

Tetapi Salmah tidak mengambil hati dengan sikap anaknya walaupun hatinya bagai dihiris sembilu dengan sikap Aifa.Salmah tahu, silapnya kerana telah mengabaikan Aifa setelah kematian suami.Dia berasa sangat bersalah kerana dia merupakan salah satu sebab Aifa berubah laku dan bersalah kapada suaminya kerana tidak mampu mendidik Aifa menjadi anak yang solehah seterusnya menjadi ibu dan ayah yang baik untuk zuriatnya itu.Salmah tersentak dari lamunannya yang panjang apabila terdengar dentuman pintu yang kuat.Salmah beristighfar di dalam hati kerana telah jauh mengelamun.

Salmah tahu, pastinya dentuman itu datang dari bilik Aifa.Sebaik saja memandang kearah tangga, Salmah melihat anaknya yang telah siap berseluar jeans dan mengenakan baju t berwarna biru yang berlengan pendekSalmah mengelengkan kepalanya kerana dulu Aifa tidak pernah berpakaian ekstrem sebegitu.“Pasti Aifa nak keluar lagi”, bisik hati kecil Salmah.

Aifa hanya menjeling ibunya dan terus melangkah kea rah pintu depan rumah.Salmah terkocoh-kocoh mengekori langkah anaknya.Hajat di hatinya adalah untuk menghalang Aifa keluar.Salmah memaut lembut lengan anknya.“Aifa nak ke mana?”,soal Salmah.“It’s none of your business ok?”.

Kasar jawapan Aifa.“Aifa,janganlah keluar nak.Temankan ibu di rumah ye?Kita boleh masak sama-sama,pastu makan sama-sama,berbual atau menonton tv sama-sama.Aifa kan suka baring atas riba ibu sambil tonton tv.Ibu rindu la nak buat semua tu dengan anak kesayangan ibu ni. Dulu Aifa selalu temankan ibu, Aifa ingat tak?”,Salmah memujuk lembut.“Ah,tu semua dulu la bu,sekarang tak lagi.Ibu kan lebih suka duduk memerap dalam bilik,bertemankan airmata.

Hei, mana la ibu perlukan anak ibu ni lagi.Sejak kematian papa,ibu dah lupa kan ibu masih ada seorang anak yang bernama Aifa, yang perlukan kasih sayang ibu,perhatian dari ibu.Selama ni Aifa jaga diri Aifa sendiri. SENDIRI,understand?? Aifa bukan anak manja lagi. So.. jangan nak menyekat kebebasan Aifa!! Aifa dah besar, and for your information..

Aifa suka dengan cara hidup Aifa sekarang..Kita buat hal masing-masing,ibu buat hal ibu dan Aifa akan buat hal Aifa!!!!”tengking Aifa kepada ibunya.Matanya mencerlung memandang ibunya,bagaikan ibunya mangsa yang hendak diterkamnya. Tangan Salmah yang memaut lembut lengannya juga direntap kasar sehinggakan Salmah terjatuh. Walaupun Salmah terjatuh, Aifa langsung tidak mempedulikan ibunya,hatinya bagaikan beku.Aifa terus menghidupkan enjin skuternya..

Salmah meraih seluruh tenaga yang ada,bangun mengejar skuter milik anaknya walaupun dirinya dalam keadaan sakit.Salmah nekad,hari ini dia perlu menghalang Aifa sedaya upaya daripada keluar bersama rakan-rakannya yang rosak akhlaknya itu. Dia tahu dia masih mempunyai peluang kerana Aifa belumpun berlalu pergi.

Salmah bukannya mahu menyekat kebebasan Aifa, tetapi dia tidak mahu anak kesayangannya itu terus hanyut dibuai gejala-gejala yang tidak berfaedah.Salmah mahu anaknya kembali menjadi Aifa yang dulu, “Ya ALLAH,kembalikanlah Aifa, anakku yang dulu.Aku rela nyawaku diambil, tapi janganlah Engkau mengambil sifatnya yang aku rindui Ya ALLAH”, sayu Salmah berdoa di dalam hatinya kepada Yang Maha Esa.Salmah masih cuba memujuk anaknya yang masih tidak dapat menghidupkan skuternya walhal Aifa teringin benar pergi dari situ kerana menyampah memandang ibunya yang dirasakan hanya berpura-pura mengambil berat tentang dirinya.

“Sedarlah nak, jangan la kamu terjebak dengan kegiatan yang tak bermoral lagi.Pintu masih terbuka luas untuk Aifa berubah,Aifa masih ada peluang”,dalam kepayahan Salmah menuturkan kata sambil menahan kesakitan akibat kepalanya terhentak batu semasa terjatuh tadi. “Sudah la bu, boleh jalan la dengan takzkirah ibu tu.Aifa muak,meluat dengan ibu.Jangan tunjuk baik la bu. Ibu ni kan dah terhantuk baru terngadah tau tak? Sudah, lepaskan tangan Aifa,Aifa mahu pergi!!”,marah Aifa dan berlalu dengan skuternya yang telah berjaya dihidupkan.

Salmah masih tidak berputus asa,dia terus berlari dalam kesakitan mengejar skuter Aifa yang meluncur laju.Walaupun berkali-kali Salmah jatuh,dia terus dan terus mengejar anaknya sekuat hatinya sehainggalah dia berjaya memegang lengan anaknya, tetapi Aifa menarik kasar tangannya dan menyebabkan ibunya terjatuh sekali lagi.

Benarlah kata orang, kasih ibu membatasi segalanya, Salmah bangun dalam kesakitan yang teramat,ingin terus mengejar anaknya.Akan tetapi, malang tidak berbau,apabila sampai di persimpangan jalan,Salmah yang bersungguh-sungguh mengejar anaknya tidak sedar akan sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.Salmah hanya mampu menyebut ‘ALLAHUAKBAR’ dengan kuat sebelum badannya terpelanying ke tepi jalan.

Aifa yang tidak jauh dari situ mendengar laungan kuat ibunya dan dentuman akibat perlanggaran tersebut menghentikan skuternya dan berpaling mencari wajah ibu yang dikasihi.Sejahat manapun dia sebagai seorang anak,hakikatnya dia amat menyayangi ibu yang telah melahirkan dan telah banyak berkorban untuknya,cuma hatinya degil,mahu menunjukkan egonya.

Tercengang Aifa apabila melihat tubuh ibunya yang telah terpelanting dan berlumuran darah.Aifa menjerit memanggil ibunya dan meluru mendapatkan ibunya.

“Ibu!Jangan tinggallkan Aifa bu. Aifa sayangkan ibu, Aifa perlukan ibu.Aifa bersalah,Aifa mintak maaf.Tapi tolong la bu,jangan tinggalkan Aifa!!!”, laung Aifa sekuat hatinya dengan linangan airmata.Kepala ibunya dipangku di atas ribanya dan dia mengucup dahi ibunya berkali-kali walaupun ibunya itu berlumuran darah.

Salmah tersenyum dalam kesakitan dan menyahut lembut kata-kata anaknya, “Ibu pun sayangkan kamu nak. Ibu tak pernah berkecil hati dengan sikapmu.Ibu bersalah mengabaikanmu setelah kematian papamu,ibu mintak maaf. Ibu terlambat menyedari kesilapan ibu.Ibu tak dapat mendidikmu dengan sempurna.

Mungkin sudah tiba masanya ibu pergi,menyahut seruan Ilahi,mengikut jejak papamu.Jaga diri kamu baik-baik ya Aifa.Ibu dan papa sentiasa menyayangi dan mendoakan kebahagianmu, anakku.

Berubah la menjadi Aifa yang dulu”,tenang Salmah menuturkan kata walaupun tersekat-sekat. Dan itulah kata-kata terakhir yang Aifa dengar dari bibir manis ibunya yang selalu menasihatinya. Aifa sayu dengan apa yang berlaku.“Tidak bu, ibu tak boleh tinggalkan Aifa, tak boleh!!Aifa dah takde sesiapa lagi selain ibu”,bisik Aifa ke telinga ibunya dengan rembesan airmata yang sedari tadi setia menemani setiap kata-katanya.

“Ya Allah, panjangkan umur ibuku, janganlah Engkau ambil nyawanya. Aku sayangkan dia Ya Allah.Aku dah takde sesiapa lagi selain dia”, doa Aifa dalam hati.Tetapi sesungguhnya, ALLAH Maha Berkuasa, Dia yang mencipta dan memiliki,ajal maut di tangannya. Salmah meninggal di tempat kejadian sebelum ambulans sempat tiba.

Begitulah dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya.Aifa meraung sekuat hati sambil mengoncang tubuh ibunya.“Ibuuuuuuu!!!”………..**************************** Aifa kembali ke alam nyata.Peristiwa yang sudah 2 tahun berlalu itu masih segar dalam ingatannya.Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang telah meragut nyawa ibunya. Semuanya salah dirinya.Ya!!Salah dirinya.Terlampau banyak dosanya kepada ibunya.

Sungguh, sampai ke hari ini dirinya menanggung rasa bersalah itu walaupun ibunya sudah memaafkannya.Seandainya waktu dapat diundurkan,Aifa ingin sekali mengubah segalanya.Dia tidak akan menjadi anak yang derhaka kepada ibunya.Aifa sedar,nasi sudah menjadi bubur.Kalaulah dulu dia mendengar kata-kata dan nasihat ibunya,tentu dia tidak akan menjadi anak yatim piatu yang mewah dengan harta benda tapi miskin kasih sayang.Dia tahu,syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu,tapi dia mempunyai dosa yang besar terhadap ibunya.

“Oh Tuhan, ampunkanlah dosa hambamu ini terhadap ibuku. Semoga Engkau tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman dan cucurilah rahmat-Mu kepadanya, Ya Karim. Amin....”detik hati kecil AifaSungguhpun dia sedih dengan kematian ibunya,dia tidak meratapinya kerana dia yakin dengan qadak dan qadar Allah.“Oh ibu,Aifa rindukan ibu”,bisik Aifa memandang gambar ibunya…

..TAMAT…….

qadrunnadiah